Kampung Orang Asli Broga Orang Asli di Selangor

Kampung Orang Asli Broga terletak kira-kira 45 km dari Kuala Lumpur dan 15 km dari Semenyih, Selangor Darul Ehsan. Broga terletak di atas sempadan Selangor dan Negeri Sembilan. Orang Asli suku Temuan tinggal di Kampung Orang Asli Broga. Ketua kampungnya bernama Manja bin Aman. Luas kampung 202 hektar. Penduduk seramai 83 orang, 41 lelaki dan 49 perempuan. Kebanyakan mereka tidak bersekolah kerana menghadapi masalah kewangan, pengangkutan dan nilai hidup yang tidak memerlukan pendidikan untuk berdikari di dalam hutan.

Cara ke sana

Jalan ke sini melalui Semenyih bagaikan jalan zig-zag yang amat berbahaya kepada pemandu yang baru datang ke sini.* Kiri kanan jalan ialah ladang getah dan kelapa sawit.

Ada dua cara ke siniĀ :

Apa ada di sana

  • Insenarator Semenyih / Broga akan didirikan di sini oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan nilai projek RM2 billion dengan menggunakan teknologi Jepun yang dibawa oleh Ebara Corporation.
  • Universiti Nottingham cawangan Malaysia beroperasi September 2005 terletak di Ladang Balau. Universiti ini dibangunkan oleh Bousted dengan kerjasama beberapa syarikat multinasional lain.
  • Kem Excel Training Center yang dimiliki oleh Dr Mohd Fadhilah Kamsah , seorang motivator yang amat terkenal.
  • Taman Tasik Semenyih kira-kira 10 km dari Semenyih dan 10 km dari Broga.